Choose Language Here

Monday, January 30, 2012

Bayam (Spinach)

Bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

No comments:

Post a Comment

Popular This Week

 

Popular Posts

© 2012 Sembang Malaysia Thesis Theme Converted by Hack Tutors.info Edit by SembangMalaysia