SM nak terangkan sedikit tentang strategi lautan biru yang diterapakan oleh kerajaan.
Konsep
Konsep Strategi Lautan Biru diperkenalkan oleh W. Chan Kim and Renée Mauborgne dari Institut Strategi Lautan Biru melalui karya mereka Blue Ocean Strategy. Strategi Lautan Biru sebenarnya adalah satu kepercayaan bahawa sesebuah organisasi yang sedang membangun boleh mencipta permintaan baru dalam ruang pasaran yang tiada saingan. Ruangan pasaran yang terlalu banyak saingan pula dinamakan sebagai Lautan Merah. Inilah kata kuncinya iaitu “SAINGAN“.
secara umum juga konsep strategi lautan biru yang diterapakan oleh kerajaan adalah mencari rumusan kreatif dan inovatif serta tidak berfikir secara konvensional.
4 elemen strategi lautan biru yang diterapkan kerajaan untuk penjawat awam.
mengurangkan = iaitu mengurangkan atau memudahcara dalam sesuatu kerja seperti yang dilakukan oleh PEMUDAH dan Ketua Setiausaha Negera. contohnya mengurangkan aduan yang diberikan pelanggan kepada penjawat awam.
menghapuskan = membawa maksud menghapuskan ketirisan dalam jabatan-jabatan kerjaaan iaitu menghapuskan orang yang malas. pemberi dan penerima rasuah dalam kalangan penjawat awam.
wujudkan = mewujudkan idea-idea baru yang kreatif dalam mengatasi masalah yang berlaku kepada penjawat awam.
memberi peluang = Memberi peluang pula bermakna kita memberi nilai tambah dalam pengurusan dan pentadbiran bagi meneroka peluang baru. Kita guna apa saja pendekatan pengurusan dan pemikiran lebih kreatif supaya pencapaian kita berhasil mencapai matlamat.
itu saja yang SM dapat terang melalui pembacaan dan pemahaman SM.
No comments:
Post a Comment